ADUH : Taruhan Terbaru Ajai!

ajai

Setelah AJAI mendiamkan diri selama 8 tahun sebagai seorang penyanyi solo, kini AJAI kembali untuk mewarnai industri muzik tanah air. Kehadirannya kini juga tanpa tangan kosong, AJAI tampil dengan single terbarunya ‘ADUH’ yang dicipta sepenuhnya oleh AJAI sendiri. ‘ADUH’ ini mengisahkan tentang kisah hati yang terluka dengan perbuatan kekasihnya sehingga mahu memutuskan hubungan dan hidup sendirian. Segalanya terasa pedih dengan perilaku kekasih hatinya. Lagu yang berentak pop melayu ini telah membawa AJAI dikenali semula sebagai seorang penyanyi. Lagu ini telah mendapat sambutan sejak berkumandang di corong-corong radio. Lagu “ADUH” mempunyai ciri ciri yang membuatkan pendengar senang untuk menerima lagu ini. Berentakan tempo yang ‘slow’ dan lirik yang mudah diingati menambahkan lagi minat untuk para pendengar menghayati lagu ini.