Album “Hits Semata Mata – Selamanya”, Kompilasi Istimewa!
Sebentar tadi (16 Feb 2011) bertempat di Hard Rock Cafe Kuala Lumpur, telah berlangsungnya majlis Sidang Media dan Pelancaran Album “Hits Semata mata – Selamanya“. Album ini adalah hasil kerjasama antara pihak Warner Music Malaysia dengan Pihak Astro SDN BHD. Apa yang menariknya, album ini bukan sahaja membariskan nama-nama yang menjadi buah mulut peminat muzik sepanjang zaman seperti Jamal Abdillah, Jinbara, Mirwana dan Fiq, ia juga menampilkan nama-nama baru dalam industri muzik tanah air seperti Awi Rafael, Nashrin, Tom , Wana, Taxi, Awanband, Filsuf, Salam, Akim, Stacy, Shahir, Hazama, Hafiz, Fina, Lena, dan Nera. Ramai betul kan?
Album ini juga boleh dikatakan khas untuk peminat sukan bola sepak tanah air kerana ia juga turut memuatkan lagu Selamanya oleh Ultra Malayas, Lagu yang berjaya menyuntik semangat untuk pasukan dan penyoking Harimau Malaya. Di samping itu, lagu Malaysian Boy oleh Altimet, DJ Fuzz, Ila Damiaa, Point Blanc dan Rabbit Mac turut dimuatkan dalam album istimewa ini. Teruskan mengikuti entry ini untuk senarai penuh lagu lagu dan gambar sekitar majlis tersebut.
Senarai Penuh Lagu-Lagu dalam CD:
DISC 1
- Kotak Hati – Hujan
- Mesti Ada Cinta – Fiq & Akim (baru)
- Bila Aku Jatuh Cinta – Awi Rafael
- Kisah Dongeng – Stacy
- Malaysian Boy – Altimet Dj Fuzz, Ila Damiaa, Point Blanc & Rabbit Mac
- Cinta Teragung – Hazama
- Percaya Pada Luka – Nashrin
- Menangis Lagi – Fina
- Warna – Taxi
- Janji – Akim
- Awan Nano – Hafiz
- Tragis – Fiq
DISC 2
- Selamanya – Ultras Malaya feat Altimet, Joe Flizzow & Carleed
- Sisa Kasih Kita – Lena
- Luar Biasa – Shahir
- Hitam Manis – Filsuf
- Cinta Benar Cinta – Wana
- Secupak Dua Cupak – Jamal Abdillah
- Hatimu Milikku – Nera
- Noktah Sandiwara – Tom
- Kartita – Awan Band
- Itu Ini Begitu Begini – Mirwana & Altimet ( baru )
- Alamak – Salam feat Altimet
- Nebuchadnezzar – Jinbara
Dapatkan Album ini di pasaran sekarang
Gambar gambar sekitar Majlis Pelancaran Album dan sidang media;










