Category Archives: AJL 26
Jaclyn Victor Terkilan, nyanyian Sedetik Lebih di AJL dikritik peminat Anuar Zain?
Jaclyn baru baru ini meluahkan rasa tidak puas hati dan terkilan beliau kepada individu tertentu yang mengkirik dan membuat perbandingan antara beliau dan Anuar Zain di laman facebook miliknya.
Ye lah kan, siapa pun pasti rasa terkilan jika ada yang mempertikaikan perkara perkasa sebegini. Bagi Media Semasa, keberanian beliau untuk mempersembahkan lagu ini patut diberi pujian. Menang atau tidak itu lain cerita. Semoga Jaclyn sabar dan tabah menangangi isu ini. Teruskan membaca entry ini untuk melihat persembahan Jaclyn Victor di AJL baru baru ini…
Faizal Tahir ikut jejak Dato’ Siti, tidak lagi mahu sertai AJL ?
Samada betul atau tidak desas desus ini, ia adalah terpulang kepada pemilik nama Faizal Tahir itu sendiri. Walaubagaimanapun, hasil daripada temuramah oleh beberapa orang wartawan baru baru ini, beliau seperti membayangkan untuk tidak lagi menyertai AJL pada masa akan datang.
“Bermula hari ini saya tidak akan menyertai mana-mana pertandingan nyanyian lagi termasuklah AJL pada tahun depan. Mungkin tahun ini merupakan AJL terakhir saya.
“Sudah tiba masanya saya merancang secara teliti mengenai karier dan keluarga. Kali ini, biar kekuatan muzik yang menentukan dimana tahap saya,” – petikan dari kata kata FT selepas berakhir AJL 26 di Stadium Putra Bukit Jalil ketika ditemubual oleh beberapa orang wartawan.
Jika benar, nampaknya peminat Faizal Tahir tidak akan dapat melihat Gimik dari beliau lagi di AJL akan datang… Apa pun jom kita layan beberapa gambar ‘persembahan terakhir’ beliau di AJL 26 dengan terus mengikuti entry ini…
9 Gambar Persembahan 3 Suara
Gandingan mantap 3 suara pun memukau penonton semalam, konsep persembahan simple dan cuma fokus pada lontaran suara saja
Tak sedikit juga yang meramalkan lagu beribu sesalan ini akan menjuarai AJL 26 (termasuk MS sendiri
), namun yang pastinya peminat akan terus menanti buah tangan terbaru dari 3 suara ini. Mungkinkah?
Lagi Banyak gambar dengan terus membaca entry ini…
Debaran AJL 26 kini di sampai Kemuncaknya!

Mesti sudah ramai sedang berpusu pusu mengunjungi Kompleks Sukan Bukit Jalil untuk AJL malam ni. MS berdebar debar ni nak tahu keputusan. Mengikut ramalan MS, pemenang-pemenang adalah seperti berikut :
1- Juara AJL - Beribu Sesalan : Tiga Suara
2- Tempat ke 2- Awan Nano : Hafiz
3- Tempat ke 3- Kalau berpacaran : Suhaimi Meor Hasan , Ana Rafali, Altimet
4- Vokal terbaik – Hafiz
5- Persembahan Terbaik – 3 Suara
Ramalan anda?
(11 Gambar) Finalis AJL 26 . Siapakah bakal bergelar juara?
AJL 26 kali ni mengangkat tema air, siapakah yang bakal bergelar juara dan gambar manakah yang paling anda suka? *semua gambar-gambar dibawah ohsem ohsem belaka….!

Beribu Sesalan - Tiga Suara
lagi banyak gambar dengan terus membaca artikel ini…









