Category Archives: AJL 27

Keputusan AJL 27

ajl27

Berikut adalah Keputusan penuh AJL 27 yang menutup tirainya semalam! Tahniah kepada Lagu Terukir Dibintang kerana dinobatkan sebagai juara Lagu 27.

1. Juara – Terukir Di Bintang (Yunalis Zarai)
2. Naib Juara – Idola (Azlan & The TypeWriter, ciptaan Audi Mok)
3. Tempat Ketiga – Ku Akui (ciptaan Ajai, nyanyian Hafiz)
4. Vokal Terbaik – Ku Akui (Hafiz)
5. Persembahan Terbaik – Teman Pengganti (Black & RJ)

AJL 27 – TIRU GAYA ARTIS KINI KEMBALI!

Anugerah Juara Lagu ke-27 kini kembali lagi! Seramai 12 finalis telah dipilih dalam Peringkat Akhir Muzik-Muzik yang lalu dan bakal berentap dalam merebut kejuaraan pada 6hb Januari 2013 nanti.

Bagi memeriahkan lagi Anugerah Juara Lagu untuk kali ke-27, Alt Media dengan bangganya membawakan sekali lagi peraduan Tiru Gaya Artis untuk musim ke-3. Mereka yang berminat hanya perlu melakonkan kembali persembahan 14 artis yang pernah bertanding di Anugerah Juara Lagu sejak 1986 sehingga 2011. Kesemua 14 video tersebut boleh ditonton menerusi laman sesawang www.tv3.com.my/ajl27

Senarai Finalis Anugerah Juara Lagu ke 27

Finalis Anugerah Juara Lagu ke 27 telah pun diumumkan lewat malam tadi dan keputusannya adalah seperti dibawah. Tahniah kepada semua Finalis!

Senarai Lagu Layak Ke Separuh Akhir Muzik Muzik 27

oleh : Izz Latif

Anda boleh mula meneka lagu manakah yang akan bertanding di Anugerah Juara Lagu ke-27, kerana senarai penuh lagu-lagu yang layak ke pusingan separuh akhir Muzik Muzik telah diumumkan.