Category Archives: KL Music Festival

Festival KL Sedia Pelbagai Acara Menarik

Festival Kuala Lumpur 2012 telah pun selamat dirasmikan semalam (30 Julai 2012) di Istana budaya dengan 3 kali paluan Gong sebagai simbolik. Majlis yang dihadiri lebih 1500 orang hadirin itu berlansung dengan meriah dan diserikan lagi dengan persembahan preview dikir barat extravaganza dari barisan artis terkenal seperti Ziana Zain, Jimmy Palikat, Noraniza Idris, Sabri Yunus dan ramai Lagi. Untuk Maklumat lanjut mengenai acara-acara yang berlansung sekitar Festival Kuala Lumpur 2012, anda boleh melayari http://www.klfestival.org.my .

 

Barisan Artis Popular bakal berdikir barat di KL Music Festival, Istana Budaya

Tarikh 1 hingga 2 Julai 2012 bakal mencatat sejarah tersendiri kepada industri muzik tanah air. Ini kerana, barisan artis popular akan berganding suara untuk berdikir barat di Istana Budaya sempena Festival Muzik Kuala Lumpur. Extravaganza Dikir : Segalanya Disini bertemakan “Dari Desa Ke Istana”, ia bertujuan untuk mengajak orang ramai menikmati persembahan tradisional yang popular di pentas berprestij apatah lagi dengan menampilkan artis popular.