Category Archives: Super Spontan

Juara Superspontan Milik Zizan, Johan tempat ke dua

Kemuncak Super Spontan berakhir sebentar tadi dengan menobatkan Zizan sebagai Juara. Selaku juara, Zizan menerima hadiah wang tunai bernilai RM 100. 000 beserta sebuah kereta Toyota Camry 2.0. Gelaran naib juara pula berjaya dirangkul oleh sahabat karib beliau, Johan. Beliau berjaya membawa pulang RM 50 ooo beserta trofi. Keputusan ini menunjukkan bahawa lawak Jozan masih lagi diterima baik di Malaysia .

Tempat ke 3 pula disandang oleh Tauke yang membawa pulang RM 25 000 dan trofi manakala 3 Hadiah Saguhati RM 5000 dan trofi pula diterima oleh Suhaimi, Ropie dan Rahim. Tahniah dan teruskan usaha!