Category Archives: Artis Semasa
ALBUM KOMPILASI SOHAIMI MIOR HASSAN 1

SOHAIMI MIOR HASSAN merupakan anak jati negeri Perak yang mula merakamkan album pertamanya pada 1982 bertajuk “Prolog” yang menampilkan lagu ‘EPILOG CINTA DARI BROMLEY’ sebagai “killer song”. Lagu tersebut masih bertahan dan terus diminati sehingga sekarang. Lagu-lagu Sohaimi kebanyakannya dicipta sendiri. Selain dari mempunyai suara jantan sehingga digelar “Broery Marantika Malaysia”, beliau juga mempunyai kebolehan mencipta lagu yang hebat dan lirik yang puitis.
Filem Kil, Kisah Maut yang dirancang

Selepas Pisau Cukur, pasti ada yang ternanti-nanti kemunculan Redza Minhat di layar perak. Kini penantian itu akan berakhir kerana beliau akan muncul dengan sebuah filem bertajuk “KIL” yang akan mula ditayangkan 30 Mei ini. Teruskan mengikuti entri ini untuk sinopsis cerita dan kisah disebalik tabir Filem ini.
Video Klip Lagu “Galau” – Dato Siti Nurhaliza
Dato Siti Nurhaliza telah melancarkan video klip rasmi lagu terbaru beliau, Galau semalam di Menara Kuala Lumpur. Jom Layan. Teruskan mengikuti entry ini untuk lirik lagu “Galau” dan gambar Dato Siti ketika majlis pelancaran.
BUTTERFINGERS TAMPILKAN ALBUM KOMPILASI “KRONOLOGIKAL”
Siapa yang tidak kenal dengan kumpulan BUTTERFINGERS yang dahulunya popular dengan lagu-lagu mereka yang bergenrekan grunge. Sekumpulan pelajar dari Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) telah secara rasmi menubuhkan BUTTERFINGERS pada akhir tahun 1993 yang terdiri daripada empat orang ahli iaitu Loque (penulis lagu, pemain gitar), Emmet (vokalis, pemain gitar, dan penulis lirik), Kadak (pemain bass) dan Kalai (pemain drum). Mereka mula mencipta lagu-lagu mereka sendiri dengan harapan untuk menempah nama di persada muzik tanah air. BUTTERFINGERS kemudian dilihat mudah menjinakkan muzik di dalam diri kerana sering dijemput untuk beberapa persembahan kecil dan gig sehingga membuatkan kebanyakkan tiket persembahan mereka habis dijual dan sehingga kini mereka digelar sebagai ‘the stuff of underground legends’ oleh peminat-peminat tanah air.
Intrend Mei Tampilkan 8 Selebriti Popular!

Majalah Intrend buat julung kalinya menjadikan 8 orang selebriti sebagai penghias muka hadapan untuk edisi May 2013. Sempena ulang tahun yang ke 8 Intrend dan Rizman Ruzaini, ia menampilkan Dato Siti Nurhaliza, Ziana Zain, Erra Fazira, Ning Baizura, Ella, Fazura, Nurul Wahab dan Liyana Jasmay. Menariknya, ia didatangkan menerusi 2 cover yang berbeza.
Info : Asal Usul Lagu lagu Neng Neng Nong – Ahmad Dhani & TRIAD!

“Neng neng nong neng neng neng nong neng neng nong neng”. Anda pernah dengar tak lagu ini di corong-corong radio? Kepada sesiapa yang tidak tahu tentang sejarah lagu ini mungkin akan merasa pelik dengan lirik lagunya. Bak kata pepatah ‘tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu’. Begitu juga lah terjadinya kepada M. Ridho yang berasal dari Babakanciparay, Bandung ini. Beliau merupakan seorang jejaka biasa yang hanya bekerja sebagai penjual roti yang datang untuk uji bakat Indonesian Idol 2012.
Ziana Zain dilantik jadi Duta Safi Rania Diamond

Nampaknya Rezeki Diva Popular, Ziana Zain pada tahun ini melimpah ruah. Selepas dilantik dan masih lagi menjadi duta beberapa produk terkenal seperti Antabax, Ducth Lady dan lain2, kini beliau dipilih untuk menjadi duta Produk Baru Safi Rania Diamond! Terus ikuti entry ini untuk lagi info mengenai Safi Rania Diamond dan Gambar sekitar Majlis.









