Category Archives: Kontroversi

Amran Ismail Kini Bergelar Penyanyi. Nafi Ciplak lagu ‘i Heart You’

Tahniah kami ucapkan kepada Amran Ismail kerana baru-baru ini telah melancarkan single pertama beliau ‘Ini Janjiku’ di Westin Hotel Kuala Lumpur. Menurut beliau, lagu ini adalah ciptaan sepenuhnya oleh beliau sendiri. Ilham untuk menghasilkan lagu ini adalah daripada peminat-peminatnya yang selalu mahu beliau mendendangkan lagu sewaktu majlis majlis tertentu. Tidak ingin untuk terus mendendangkan lagu orang lain, beliau ingin punya lagu sendiri. 

Chef Riz, Ana Dahlia Sah Bercerai

oleh : Izz Latif

Akhirnya pasangan ini telah disahkan bercerai. Chef Riz telah tampil memberikan kenyataan bagi meleraikan persoalan tentang rumah tangganya bersama Ana Dahlia yang dikhabarkan goyah. Beliau mengakui penceraian tersebut adalah berpunca daripada tiadanya persefahaman antara meraka berdua. Selain itu, perkenalan yang singkat juga adalah faktor perpisahan tersebut.

Rozita Che Wan Mahu Saman Isu Gambar Bogel, Nafi Ke London Bersama Bekas Menteri

oleh : Izz Latif

Hot mama dilanda kontroversi lagi! Selepas tersebarnya gambar bogel yang konon miliknya, pelakon jelita Rozita Che Wan dikatakan telah terbang ke London bersama seorang VIP. Dengar khabar VIP tersebut adalah bekas menteri. Adakah penerbangan Che Ta itu ditaja?

Juliana Evans Selar Media Tempatan Atas Isu Gambar Dengan Jejaka Luar Negara

oleh : Izz Latif

Tiba-tiba nama pelakon Juliana Evans menjadi perbualan sejak minggu lepas. Ini adalah gara-gara gambar beliau bersama seorang lelaki di luar negara. Ternyata penyebaran gambar itu digunakan oleh sesetengah pihak dan dengan sengaja telah disensasikan sebelum beliau berpeluang untuk tampil ke hadapan memberikan kenyataan bagi pihaknya sendiri.

Perkahwinan Anak Bergolak, Chef Wan Enggan Komen

oleh : Izz Latif

Dalam ketika peminat-peminat industri hiburan tempatan sedang teruja dengan perkahwinan Diana Danielle dan Farid Kamil yang bakal berlangsung, fokus sedikit lari kepada kisah perkahwinan chef selebriti Chef Riz dan Ana Dahlia yang dikhabarkan bergolak. Malah, selepas ada sumber yang kononnya membuka cerita pasangan itu mengambil borang permohonan cerai spekulasi mula tersebar.

Hattan Mahu Rujuk Dengan Bekas Isteri

oleh : Izz Latif

Penyanyi Hattan yang terkenal dengan lagu Biso Bonar dikhabarkan bakal rujuk semula dengan bekas isteri pertama beliau, Arianie Mohd Abidin. Meskipun sudah hampir sembilan tahun bercerai namun Hattan mengakui masih mengingati wanita itu saban hari dan berdoa agak dipertemukan semula jodoh.

Kenapa Amy Search Umum Tutup Restoran?

oleh : Izz Latif

 

Kami tertanya-tanya sama ada perkara ini benar atau hanya gimik semata-mata, namun khabarnya restoran Cheng Ho milik penyanyi rock Amy Search telah ditutup secara rasmi. Pengumuman tersebut telah dilakukan oleh penyanyi itu sendiri di akaun Twitter miliknya.

Jaclyn Victor : Tiada Niat Singgung Sensitiviti Masyarakat Islam Dengan Lagu ‘Harapan Bangsa’

oleh : Izz Latif

 

Jaclyn Victor boleh dianggap sebagai penyanyi yang begitu jarang dikaitkan dengan kontroversi melampau dan murahan seperti sesetengah artis yang lain. Malah, bakat yang dimiliki beliau dipandang tinggi dan diminati. Namun baru-baru ini tercetus cerita yang kurang enak mengenai Jac dan sebuah lagu. Ada apa dengan lagu?

Dituduh Mencuri, Pasangan Scha Al Yahya Dan Awal Ashaari Akui Nama Tercalar

oleh : Izz Latif

 

Gosip yang mengatakan pasangan selebriti ini mencuri beberapa helai pakaian bernilai RM2,000 sewaktu majlis pembukaan sebuah gedung pakaian terkenal baru-baru ini tersebar dengan begitu cepat. Pada mulanya ada yang mengandaikan ia hanyalah gimik untuk mensensasikan majlis itu. Namun selepas beberapa ketika, berita sensasi itu semakin meliar. Awal Ashaari dan Scha Al Yahya juga dikhabarkan semakin tertekan dihimpit kontroversi tersebut.

Amy Search : Terkilan Nabila Huda Berpakaian Seksi

oleh : Izz Latif

Panas! Panas! Itulah perkataan paling sesuai untuk menggambarkan penampilan pelakon penuh kontroversi namun berbakat ini sewaktu di red carpet Anugerah Blockbuster. Nabila Huda nama yang sering dikaitkan dengan kontroversi, telah mengenakan gaun hitam yang begitu menarik perhatian ramai. Bukan kerana details atau rekaan yang begitu gah, tetapi kerana gaun itu begitu menjolok mata.