Category Archives: Masalah

Aaron Aziz di Glam Lelaki Isu 21

Kepada penggemar hero yang semakin popular dengan drama bersiri adam & hawa ini, Dapatkan glam lelaki nov 2012,
Aaron Aziz antara yg tersenarai 10 most stylish 2012 untuk glam lelaki dengan segera. Kacak!

Sah Bercerai, Jimmy Shanley Terkilan Gagal Tunai Janji

oleh : Izz Latif 

 

Kisah perceraian selebriti di Malaysia ini mungkinlah tidak semegah atau semahal bintang-bintang ternama Hollywood yang kadang-kala melibatkan jutaan dolar. Tapi cerita kahwin-cerai artis kita masih menjadi perhatian. Kerana apa? Sudah tentu drama! Cerita yang melibatkan Jimmy Shanley sudah menjadi perhatian umum sejak dua tahun kebelakangan ini.

Adira Orang Ketiga, Punca Perpisahan Cinta Anne dan Aliff Aziz Retak?

oleh : Izz Latif

 

Kisah putus cinta antara Anne Ngasri dan Aliff Aziz masih menjadi perhatian. Tanda tanya tertumpu kepada sebab perpisahan itu berlaku. Mereka menetapkan pendirian untuk tidak berkongsi puncanya agar kekal rahsia. Selepas berita mengejut mengenai Aliff Aziz yang kononnya jatuh sakit sebab tekanan, kini nama Adira pula dikaitkan.

Anne Ngasri Putus Cinta Dengan Aliff Aziz

oleh : Izz Latif

 

Sayang sayang, selepas dikejutkan dengan perpisahan Tiz Zaqyah dan Remy Ishak, satu lagi pasangan seleriti iaitu Anne Ngasri dan Aliff Aziz pula dikhabarkan telah menemui jalan perpisahan.  Anne telah mengesahkan bahawa cinta antara mereka sudah tiada! Apa sudah jadi?

Rita Rudaini Sindir Isu Keguguran Ayu Raudhah, Zaquan Adha Kata Rita Meroyan?

oleh : Izz Latif

 

Pelakon cantik Rita Rudaini kembali mengeluarkan kenyataan panas di ruangan Twitter miliknya. Walaupun tidak menyatakan secara terbuka kepada siapa kenyataan itu ditujukan namun secara jelas menggambarkan siapa yang dimaksudkan oleh Rita itu. Namun kenyataan Rita tersebut menerima kritikan pedas pula daripada Zaquan Adha.

Shahrizal putus dengan Miera gimik lariskan Azura 2012?

Nampaknya cerita disebalik filem Azura 2012 lebih hangat dari filem itu sendiri, terbaru Hero filem tersebut, Shahrizal telah dikatakan putus cinta dengan kekasih beliau, Miera Liyana. Puncanya adalah Miera Liyana mendakwa kekasihnya itu curang sewaktu menjalani pengambaran di Australia. Beliau juga mendakwa mempunyai bukti bukti kecurangan yang telah dilakukan dan berita ini disampaikan sendiri oleh bekas pembantu Shahrizal kepada Miera Liyana. Kesahihan cerita ini hanya tuhan dan tuan punya badan sahaja yang tahu. Kepada kedua dua belah pihak, kami berharap agar segala kekusutan ini dengan baik.

Apapun, ternyata Gosip ini sedikit sebanyak memberi tempias kepada Filem Azura 2012 itu sendiri. sepanjang tinjauan yang dilakukan di Twitter dan media lain. pendapat penonton kelihatan sedikit berbeza dari review review yang diterima sewaktu malam Gala AJL 2o12… teruskan membaca entry ini

Ani Mayuni dipukul suami sendiri ?


Industi Hiburan hari ini gembar dengan laporan polis seorang artis yang mendakwa telah dipukul oleh suaminya sendiri. Sejauh mana kebenaran cerita ini, belum dapat dipastikan lagi.

Artis DIHENTAK
KUALA LUMPUR: Penyanyi dangdut dan pelakon, Ani Mayuni membuat laporan polis mendakwa dipukul dan ditendang suaminya selain kepalanya turut dihentak ke dinding bilik di rumah mereka di Desa Rejang, di sini, semalam.

Dalam laporannya, Ani atau nama sebenarnya Aishah An Nur Osman, 33, berkata, kejadian yang berlaku kira-kira jam 8 pagi itu menyebabkan dia mengalami kecederaan di kepala, tangan, dada dan leher.

Sebelum kejadian itu, Ani dikatakan menghubungi suaminya yang berada di luar rumah dan memintanya membeli sarapan.

Bagaimanapun, sebaik pulang ke rumah kira-kira 30 minit kemudian, suaminya terus meluru masuk ke dalam bilik dan mengasarinya.-sumber : Harian METRO

Apa pun kami berharap masalah ini akan dapat diselesaikan oleh kedua dua pihak dengan cara yang baik.