Category Archives: Pengumuman

Dato Dr Sheikh Muszaphar pelawa peminat sertai lawatan ke Baitul Maqdis april ini

Sheikh Muszaphar

Ini mungkin sebuah berita yang ditunggu-tunggu oleh ramai orang. Peluang bercuti menjejaki sejarah Islam di Baitulmaqdis bersama Angkasawan Negara, Dato Sheikh Muszaphar Shukor. Peluang ini terbuka hanya kepada 32 orang sahaja.

Dato’ Fazley,Juara Masterchef Selebriti Musim Pertama!

Persaingan merebut gelaran juara Masterchef Selebriti Musim pertama sudah berakhir semalam dan Dato’ Fazley Yaakob telah berjaya merebut gelaran tersebut dari lawan beliau, Angah Raja Lawak. Dengan itu, Dato Fazley yang mewakili Yayasan Jantung Malaysia telah berjaya menyumbangkan RM57,500 sebagai dana amal untuk badan kebajikan tersebut. Untuk rekod, Pertandingan Masterchef Selebriti Musim pertama disertai oleh 16 selebriti tanah air dan berlansung selama 28 episod di Astro Ria dan Astro Mustika HD.

B.Lift Ziana Zain memberikan ‘Seri Kecantikan Dari Dalam’

Aktiviti harian yang sibuk membataskan peluang seseorang untuk menjaga penampilan. Tatkala mengejar masa untuk selesaikan semua perkara, regim kecantikan sering diabaikan. Adakah hanya cukup dengan sekadar keluar rumah dengan mengenakan blusher dan lipstick? Atau menggunakan pencuci muka harian untuk menghilangkan kotoran pada kulit muka dari luaran semata-mata?

Reen Rahim – Juara Pilih Kasih Musim ke 3

Reen Rahim (24) telah dinobatkan sebagai juara Pilih Kasih musim ke 3 yang telah melabuhkan tirainya malam tadi. Beliau telah memperolehi undian sms tertinggi iaitu sebanyak  17.75 %  dan 50% daripada Rosyam Noor. Dengan kemenangan itu, beliau layak membawa pulang hadiah bernilai RM 200 000. 

Promosi terbaru Fotografi Potret dari Blackpepper Production.

Pakej ini khas untuk yang suka bergambar, tidak kiralah untuk simpanan peribadi atau dijadikan portfolio dalam kerjaya. Untuk maklumat lanjut serta gambar gambar yang telah dihasilkan, hubungi Blackpepper Production di facebook

KEMPEN HARGA RUNTUH & KEMPEN HARGA RUNTUH VCD KINI DILANJUTKAN!!

Untuk Pengetahuan anda, “KEMPEN HARGA RUNTUH” dan “KEMPEN HARGA RUNTUH VCD”, masih lagi berlangsung!!! Di atas permintaan ramai, kempen yang melibatkan album-album daripada artis-artis hit sepanjang zaman anjuran Warner Music Malaysia ini kini dilanjutkan sehingga 30 April 2012! Untuk maklumat lanjut, teruskan mengikuti entry ini.

4 Mei 2012, Tarikh Scha dan Awal akan disatukan!

Bertempat di Flora Cafe, Ampang semalam (27-3-2012), satu sidang media telah diadakan untuk mengumumkan tarikh Majlis Pernikahan Pasangan Selebriti Popular, Scha Al Yahya bersama Awal Ashaari. Majlis pernikahan mereka akan berlansung pada 4 Mei 2012 di Hotel Pullman, Putrajaya manakala majlis resepsi pula akan diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 6 Mei 2012. Sebelum ini, Awal Asyaari telah melamar Scha Al Yahya secara Live di dalam rancangan terbitan ASTRO, Propaganza. Sweet kan? Untuk makluman juga, majlis pernikahan mereka akan disiarkan secara lansung di saluran 104. Tahniah kami ucapkan.

Wajah2 peserta Mentor 6 2012!

Mentor 6 akan membuka tirai tidak lama lagi dan protege protege telah pun dipilih, mari kita kenali mereka :

SM*SH di Malaysia 17 Mac Ini!

image

Selain daripada memenangi anugerah “1 Million Award” bersempena dengan jumlah jualan album mereka yang telah pun mencecah 1 juta unit dalam tempoh 6 bulan pada tahun lepas, kumpulan SMASH daripada Indonesia ini turut memenangi beberapa anugerah lain pada sepanjang mereka bergelar penggiat seni. Sejak mula ditubuhkan pada tanggal 10 April 2010, kumpulan anak-anak muda ini telah berjaya menawan hati peminat muzik di Indonesia
apabila mereka turut dibariskan dengan band-band yang lebih senior seperti J-Rocks, Kotak, Project Pop, dan SKJ 94 padaDahsyatnya Awards 2011 sebagai antaraAksi Panggung Terdahsyat.

(candid) Sekitar Sidang Media ABPBH 2011 -15 feb

Foto sekitar Sidang Media ABPBH 2011 yang berlansung 15 Februari yang lalu;

Shila Amzah

Teruskan mengikuti entry ini untuk gambar seterusnya…