Category Archives: Review Filem
Aaron Aziz ingin bawa diri ke Thailand?

Adakah Aaron Aziz sudah bosan berada di Malaysia hingga mengambil keputusan untuk bawa diri ke Thailand? Kepada peminat-peminat Aaron, jangan bimbang kerana dari apa yang MS dengar, Aaron telah mendapat tawaran untuk berlakon filem aksi di negara gajah putih itu. Walaubagaimanapun, semuanya masih lagi dalam peringkat perbincangan. Sama sama kita tunggu perkembangan berita ini.
’29 Februari’ – Cerita Cinta Sejati Yang Abadi Untuk Semua
oleh : Izz Latif
Sewaktu filem ini mula diperkatakan ramai yang menganggap terdapat persamaan antara ‘29 Februari’ dan filem pencalonan Oscar, The Curious Case of Benjamin Button. Namun pengarah ‘29 Februari‘, Edry Abdul Halim, menegaskan persamaan antara kedua-dua filem tersebut adalah genre yang diketengahkan hampir sama.
Sebuah Filem Aksi Perang Korea Paling Mahal Akan ke Panggung Malaysia – MY WAY.
Jarang industri filem Malaysia menampilkan filem-filem Korea untuk santapan penggemar filem di sini. Hanya lambakkan filem Hollywood yang diiktiraf sebagai berkualiti didedahkan kepada penonton. Namun jangan dipandang rendah kemampuan negara Asia seperti Korea untuk menghasilkan sebuah filem yang gah. Walaupun karya dari Korea popular disini melalui drama-drama bersiri yang membuatkan kaum wanita menitiskan air mata kerana kisah cinta yang romantis, mereka juga berupaya menghasilkan filem hebat yang membuatkan penonton menangis kerana perang! Teruskan bersama entry ini untuk koleksi gambar, sinopsis dan info lanjut.









