Category Archives: Adira

Adira Orang Ketiga, Punca Perpisahan Cinta Anne dan Aliff Aziz Retak?

oleh : Izz Latif

 

Kisah putus cinta antara Anne Ngasri dan Aliff Aziz masih menjadi perhatian. Tanda tanya tertumpu kepada sebab perpisahan itu berlaku. Mereka menetapkan pendirian untuk tidak berkongsi puncanya agar kekal rahsia. Selepas berita mengejut mengenai Aliff Aziz yang kononnya jatuh sakit sebab tekanan, kini nama Adira pula dikaitkan.

CINTA SEJATI – HASIL KERJASAMA WARNER MUSIC DAN CD RAMA

CINTA adalah nadi kehidupan. Tanpa mengenal usia, tidak kira tua, muda, lelaki mahupun perempuan, CINTA hadir sebagai pelengkap kehidupan.

Menyentuh perihal kepelbagaian ekspresi CINTA ini disebarkan, terdapat beberapa medium yang biasanya digunakan. Antara medium yang popular adalah melalui coretan novel, penerbitan filem, drama dan juga penghasilan lagu-lagu. Kesemua medium ini digunakan sebaiknya oleh para penggiat seni untuk berkarya dan berkongsi perasaan indah ini. Teruskan membaca entry ini untuk maklumat lanjut…

Inspirasi Fesyen Red Karpet ABPBH 2011

Semasa sidang media ABPBH di Holliday Villa Subang baru baru ini, beberapa koleksi inspirasi fesyen untuk red karpet Malam Anugerah Berita Harian telah ditampilkan hasil sentuhan kreatif pereka fesyen tersohor. Sekadar untuk makluman, pada edisi ABPBH yang lepas, pemenang anugerah pereka paling popular adalah Rizman Ruzaini (kategori busana wanita) yang menghasilkan rekaan busana untuk Dato’ Siti Nurhaliza dan Lords Taylor (kategori Lelaki ) yang digayakan oleh Shaheizy Sam.

Jom lihat gambar-gambar fesyen pilihan media semasa pada Majlis sidang akhbar  ABPBH baru baru ini pula;

(7 gambar) Senarai Lengkap pengacara, penyampai trofi dan artis/selebriti yang bakal mewarnai Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011

Barisan Pengacara ABPBH

Berikut adalah senarai rasmi barisan pengacara, penyampai trofi dan artis/selebriti yang bakal mewarnai Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 di Arena of Stars, Genting Highlands pada 8 April depan. Senarai ini diumumkan pada hari ini (15 Februari) di Majlis Pra-Kemuncak ABPBH 2011 yang dilangsungkan di Holiday Villa, Subang. [...]

Isu Bergambar dengan Anjing, Adira Mohon Maaf

Berikutan isu gambar Adira dengan anjing tempohari, Adira baru baru ini telah pun memberikan penjelasan beliau seperti dibawah ;

Saya tidak nafikan itu gambar saya. Memang saya memeluk anjing itu tetapi ia bukan milik saya. Sebenarnya ia adalah gambar lama yang diambil pada tahun lalu ketika saya sekeluarga berkunjung ke rumah ibu mertua kakak yang bukan beragama Islam. Ia adalah gambar yang saya jadikan gambar profil di dalam telefon bimbit dan tidak tahu bagaimana ia boleh tersebar.Saya sedar tindakan bergambar dengan anjing itu salah dan boleh mengundang fitnah. Tapi saya peluk anjing itu ketika ia dalam keadaan kering dan sudah pun menyamak selepas itu. Saya memeluknya kerana terlalu geram melihat kecomelan binatang itu. Memang ia haram di sisi Islam tapi anjing juga makhluk Tuhan. Ini bukan kali pertama saya diasak kontroversi dan saya perlu ambil kisah atas setiap perkara yang boleh memburukkan nama saya dan keluarga. Saya mohon maaf atas kesilapan itu. Saya berharap peminat tidak mudah menjatuhkan hukum atau menghentam golongan artis dengan kata-kata yang kesat dan keterlaluan. Saya akui perkara ini berlaku disebabkan kecuaian dan sikap kurang peka. Sebagai manusia saya tidak pernah lari daripada melakukan kesilapan.- Kata Adira kepada Wartawan MSTAR

Diharap semua pihak berpuas hati dengan penjelasan ini.

(Gambar) Adira pegang Anjing?

Tidak dapat dipastikan bahawa beliau betul betul pegang seekor anjing sebenar atau hanya sekarang ‘anak patung’ mirip anjing yang berbulu tebal. Jika benar, harap beliau mempunyai alasan yang munasabah untuk diterangkan kepada peminat peminat beliau. Sama sama kita nantikan. Kredit gambar Rotikaya