Category Archives: Aeril Zhafril

Aeril Zafrel : ‘Saya Tidak Pergi Majlis Sosial ‘Adik-adik’

oleh : Izz Latif

Nama pelakon Aeril Zafrel agak panas baru-baru ini. Ini kerana dengar khabarnya pelakon ini dikaitkan dengan sedikit kontroversi. Beliau dikatakan telah hadir ke sebuah acara sosial yang turut melibatkan golongan ‘adik-adik’. Bagi anda yang kurang faham, golongan itu dikaitkan dengan imej lelaki yang cenderung menyerupai perempuan. Eh, ini tidak mungkin sebab bukankah Aeril dikhabarkan sedang berusaha mendalami ilmu agama?

Sekitar Road Tour ABPBH di SACC Mall 2011 + 30 gambar

Road Tour pembuka tirai Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 di SACC Mall Shah Alam semalam menerima sambutan yang hangat daripada pengunjung yang hadir. Majlis itu dimeriahkan dengan kehadiran barisan selebriti terkenal yang tercalon dalam top 5 ABPBH, antaranya Adam, Awie Rafael, Forteen, Izara, Aizat Amdan, Rozita Che Wan, Aznil, Johan Ashari, Diana Danielle, Jozan, Shila Amzah, Sharznaz , Airiel Zhafril, Adi Putra, Six Sense dan ramai lagi. Majlis diserikan lagi dengan celoteh 4 orang pengacara seperti Didie Alias, Along Raja Lawak, Fara Fauzana dan Suraya Hot FM. Pengunjung kelihatan sangat terhibur sepanjang 5 jam acara tersebut berlansung iaitu dari jam 2 petang sehingga 7 malam.

Gambar- gambar candid sekitar acara Road Tour ABPBH 2011 di SACC Mall Shah Alam;

Teruskan mengikuti entry ini untuk lebih gambar…

Filem Cinta Kura – Kura, Sebuah cerita cinta yang menghiburkan! + 6 gambar

Poster Filem Cinta Kura Kura

Baru baru ini, team Media semasa sempat menghadiri majlis tayangan Perdana Filem Cinta Kura Kura terbitan KRU. Majlis yang berlansung di Chathay E@Curve Damansara itu turut dihadiri oleh beberapa orang selebriti ternama seperti Lisa Surihani, Dato Yusof Haslam dan ramai lagi. Teruskan membaca entry ini untuk ulasan dan gambar.