Category Archives: Amran Ismail
Gambar Terkini Irma Hasmie, Almy Nadia, Johan Ashaari, Amran Ismail dan Hanez Suraya,
Kami sempat merakamkan beberapa keping gambar terbaru Irma Hasmie, Almy Nadia, Amran Ismail, Johan Ashaari dan Hanez Suraya untuk tatapan anda. Mereka adalah antara barisan artis yang telah menjayakan Majlis berbuka puasa dan rakaman program raya bersama penghuni Asrama Kaseh Yayasan Basmi Kemiskinan Serendah, Hulu Selangor.
Mentor 6 : Gelaran Juara Milik Caroline!
Pentas Mentor 6 telah berlabuh malam tadi dan Caroline telah dinobatkan sebagai juara. Majlis yang berlangsung dengan jayanya di Stadium Melawati itu turut menyaksikan Zatul ( Protege Fauziah Ahmad Daud ) sebagai pemenang tempat ke dua dan Anas (Protege kepada Faizal Tahir menduduki tempat ketiga.
Majlis Amal dan penyerahan bantuan kepada rumah kebajikan meriah!
Bertempat di hadapan Izzat Studio Galaxy Ampang, satu majlis meraikan golongan kurang upaya, anak yatim dan rumah kebajikan sekitar Ampang telah pun diadakan. Pelbagai acara diadakan seperti Pertandingan “Make Up Fantasy Magical”, Peragaan Fesyen, jualan amal dan acara menyampaikan sumbangan ikhlas dari pihak pihak yang prihatin. Majlis turut dihadiri selebriti tempatan seperti Amran Ismail, Zahida Rafik, dan Fazli Zainal.










