Category Archives: Cover Majalah

Intrend Mei Tampilkan 8 Selebriti Popular!

intrendmay2013
Majalah Intrend buat julung kalinya menjadikan 8 orang selebriti sebagai penghias muka hadapan untuk edisi May 2013. Sempena ulang tahun yang ke 8 Intrend dan Rizman Ruzaini, ia menampilkan Dato Siti Nurhaliza, Ziana Zain, Erra Fazira, Ning Baizura, Ella, Fazura, Nurul Wahab dan Liyana Jasmay. Menariknya, ia didatangkan menerusi 2 cover yang berbeza.

Rozita Che Wan Hiasi Majalah Nona dengan imej Berturban

Kepada peminat fanatik Che Ta, anda bolehlah mendapatkan majalah Nona keluaran Ogos 2012. Imej yang ditampilkan Rozita Che Wan kali ini agak berlainan dan sejuk mata memandang, bersesuaian dan menghormati bulan Ramadhan Al-Mubarak. Lepas ni nak lihat imej che Ta bertudung pula ya.. :)

7 Bintang generasi baru di Intrend MEI 2012

Majalah Intrend meraikan ulangtahun ke 7 dengan menampilkan 7 selebriti popular generasi baru di muka hadapan majalah keluaran MEI 2012. Mereka adalah Sharnaaz, Elfira Loy, Sharifah Sakinah, Nazim Othman, Anzalna Nasir, Izara Aishah dan Amar Asyraf.  Pastinya pelbagai cerita menarik dan pengalaman bakal dikongsikan dengan pembaca. Jom dapatkan Intrend Mei 2012 di pasaran sekarang!

Majalah Hijabista Edisi Pengenalan Tampilkan Diana Amir

Kumpulan Karangkraf baru baru ini memperkenalkan majalah terbaru yang dinamakan “Hijabista”, sesuai dengan misi majalah ini iaitu memberikan panduan dan informasi terkini mengenai fesyen tudung. Majalah ini sesuai untuk  wanita muslimah yang sememangnya berhijab ataupun kepada wanita yang sedang ingin mencuba mengenakan hijab. Majalah yang padat dengan info ini kini boleh didapati di kedai-kedai buku seluruh Malaysia. Diharap dengan terbitnya majalah ini, ramai lagi akan memilih untuk bertudung. Baru nampak stylo tetapi sopan!

Najwa Mahiaddin di muka depan Intrend Mac 2012

Najwa Mahiaddin yang popular dengan lagu “got to go”  kali ini tampil menawan dan lansing di edisi intrend Mac 2012.  Kami memang respek dengan beliau kerana walaupun anak kepada VVIP, beliau tidak menggunakan kedudukan istimewa untuk menaikkan dirinya di industri hiburan sebaliknya bermula dari bawah. Teruskan usaha dan semoga berjaya k!.untuk  melihat lebih banyak gambar dan cerita  dan lain-lain, mari dapatkan Intrend edisi Mac di kedai kedai berhampiran.

Fauziah Gous sebagai cover Majalah Pesona Pengantin + Gambar Ekslusif

Fauziah Gous di Pesona Pengantin Mac 2012

Pasti semua ternanti-nanti bilakah Fauziah Gous akan menamatkan zaman bujangnya. Sama samalah kita nantikan berita baik dari beliau.. Teruskan mengikuti entry ini untuk lihat satu lagi gambar ekslusif beliau tanpa make up yang tebal namun tetap cantik yang di ambil baru baru ini.