Category Archives: Erra Fazira

Intrend Mei Tampilkan 8 Selebriti Popular!

intrendmay2013
Majalah Intrend buat julung kalinya menjadikan 8 orang selebriti sebagai penghias muka hadapan untuk edisi May 2013. Sempena ulang tahun yang ke 8 Intrend dan Rizman Ruzaini, ia menampilkan Dato Siti Nurhaliza, Ziana Zain, Erra Fazira, Ning Baizura, Ella, Fazura, Nurul Wahab dan Liyana Jasmay. Menariknya, ia didatangkan menerusi 2 cover yang berbeza.

( Gambar ) Sekitar Miss Kebaya Slimworld 2012

Pada 2 November 2012 yang lalu, telah berlansung pencarian Miss Kebaya Slimworld 2012 di Hotel Crown Princess, Kuala Lumpur. Majlis tersebut bertujuan untuk mencari seorang Ratu Kebaya yang  berjaya ramping  menggunakan perkhidmatan di Slimworld. Turut menyerikan majlis adalah Duta Slimworld. Ziana Zain, Erra Fazira dan Lisdawati. Majlis yang dihadiri oleh para pelanggan slimworld itu menyaksikan 3 orang dipilih sebagai Ratu kebaya, pemenang tempat kedua dan ketika yang mana masing masing memenangi wang tunai RM 10, 000, RM 7000 , RM 5000 beserta hadiah sampingan.

Erra Fazira Anggun Dengan Dress Dior Dalam Glam

oleh : Izz Latif

Wow! Erra Fazira tampil jelita sebagai penghias muka depan majalah Glam edisi November 2012. Penampilan Erra Fazira yang begitu menawan itu memperlihatkan beliau dengan busana persalinan daripada Dior yang begitu cantik berwarna merah. Dress itu kelihatan begitu anggun digayakan oleh Erra, dilengkapi barang kemas daripada Montblanc.

Gaya Artis Wanita di Majlis Pelancaran ASK 2012

Ingin melihat selebriti wanita kesayangan anda memakai busana bertemakan Fairytale? apa yang anda inginkan kini menjadi kenyataan! Baru- baru ini bertempat di Royal Bintang Mutiara Damansara, sidang media dan Majlis Pelancaran Anugerah Skrin 2012 telah diadakan, Tema busana untuk Anugerah Skrin 2012 ini adalah ‘Fairytale’, Beberapa rekaan busana yang menarik perhatian MS , jom layan. Kredit Gambar Budiey dan Oh Bulan.

Lisa Surihani Ganti Erra Fazira, Terajui Watak Tun Siti Hasmah

oleh : Izz Latif

 

Erra Fazira sudah mengesahkan tidak akan terlibat dalam pementasan teater ‘Tun Siti Hasmah’ setelah dengan rasminya menarik diri daripada projek tersebut. Alasan yang diberikan oleh pelakon cantik ini ialah kerana kekangan masa dan jadual yang padat.

( Gambar ) Maria Mariana 2012 ?

Ini bukanlah tajuk sebuah filem baru, ia hanyalah sekadar sesuatu yang terlintas di fikiran kami semasa melihat Ziana Zain dan Erra Fazira digandingkan bersama seorang lagi selebriti dalam sebuah program Hari Raya yang dirakamkan baru-baru ini. Kami pasti mesti ramai yang masih ingin melihat mereka berdua digandingkan semula dalam sebuah filem terbaru… Mesti gempak.

Ziana Zain, Amy Search, Erra bakal meriahkan Hari Raya Pertama Anda

 TV3 Buat pertama kalinya menggandingkan mereka di dalam sebuah program Raya yang diberi nama “Ziana, Amy, Erra”. Ia adalah sebuah rancangan berbentuk temubual , gameshow dan persembahan nyanyian bersama artis undangan dan mereka sendiri .  Pastinya ia akan menceriakan hari raya nanti. Jom lihat beberapa keping gambar ketika rakaman berlansung baru baru ini…