Category Archives: Hafiz
Hafiz dan Sabhi Wakili Malaysia di Korea
oleh : Izz Latif

Mungkin masih ramai yang sedang bergembira dengan kemenangan Shila Amzah di pertandingan Asian Wave 2012 baru-baru ini. Namun kini ada cerita terbaru membabitkan penyertaan penyanyi-penyanyi tempatan mewakili Malaysia di pertandingan luar negara. Kali ini perhatian diberikan kepada juara Mania, Hafiz. Beliau akan berangkat ke Korea pada 8 Oktober 2012 bertanding di Festival ABU Song 2012. Dengar khabarnya beberapa buah negara di Asia mengambil bahagian yang mana setiap daripada mereka akan menghantar wakil masing-masing.
CINTA SEJATI – HASIL KERJASAMA WARNER MUSIC DAN CD RAMA

CINTA adalah nadi kehidupan. Tanpa mengenal usia, tidak kira tua, muda, lelaki mahupun perempuan, CINTA hadir sebagai pelengkap kehidupan.
Menyentuh perihal kepelbagaian ekspresi CINTA ini disebarkan, terdapat beberapa medium yang biasanya digunakan. Antara medium yang popular adalah melalui coretan novel, penerbitan filem, drama dan juga penghasilan lagu-lagu. Kesemua medium ini digunakan sebaiknya oleh para penggiat seni untuk berkarya dan berkongsi perasaan indah ini. Teruskan membaca entry ini untuk maklumat lanjut…









