Category Archives: Jaclyn Victor

Jaclyn Victor : Tiada Niat Singgung Sensitiviti Masyarakat Islam Dengan Lagu ‘Harapan Bangsa’

oleh : Izz Latif

 

Jaclyn Victor boleh dianggap sebagai penyanyi yang begitu jarang dikaitkan dengan kontroversi melampau dan murahan seperti sesetengah artis yang lain. Malah, bakat yang dimiliki beliau dipandang tinggi dan diminati. Namun baru-baru ini tercetus cerita yang kurang enak mengenai Jac dan sebuah lagu. Ada apa dengan lagu?

Jaclyn Victor Menampilkan Vokal Bertenaga Dalam OST ’29 Februari’

Bagi kami satu pilihan tepat bagi Jaclyn Victor untuk memilih bergerak di bawah pengurusan KRU Studios. Selepas kembali menyengat dengan single ‘Sebelah Jiwaku’ , kini bekas pemenang Malaysian Idol musim pertama ini hadir dengan lagu baru.

Shila dan Jaclyn Tampil Menawan di Cover Majalah Inspirasi Perkahwinan

Edisi April Majalah Inspirasi Perkahwinan menampilkan Shila Amzah dan Jaclyn Victor sebagai Muka Depan. Mereka tampil menawan menggayakan busana pengantin dari Syarakim Boutique.  Ini adalah edisi kedua majalah berkenaan selepas menampilkan yuna untuk edisi pertama. Dapatkan majalah yang sarat dengan inspirasi dan informasi tentang perkahwinan ini di pasaran sekarang.

Sekitar Road Tour ABPBH di SACC Mall 2011 + 30 gambar

Road Tour pembuka tirai Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 di SACC Mall Shah Alam semalam menerima sambutan yang hangat daripada pengunjung yang hadir. Majlis itu dimeriahkan dengan kehadiran barisan selebriti terkenal yang tercalon dalam top 5 ABPBH, antaranya Adam, Awie Rafael, Forteen, Izara, Aizat Amdan, Rozita Che Wan, Aznil, Johan Ashari, Diana Danielle, Jozan, Shila Amzah, Sharznaz , Airiel Zhafril, Adi Putra, Six Sense dan ramai lagi. Majlis diserikan lagi dengan celoteh 4 orang pengacara seperti Didie Alias, Along Raja Lawak, Fara Fauzana dan Suraya Hot FM. Pengunjung kelihatan sangat terhibur sepanjang 5 jam acara tersebut berlansung iaitu dari jam 2 petang sehingga 7 malam.

Gambar- gambar candid sekitar acara Road Tour ABPBH 2011 di SACC Mall Shah Alam;

Teruskan mengikuti entry ini untuk lebih gambar…

(7 gambar) Senarai Lengkap pengacara, penyampai trofi dan artis/selebriti yang bakal mewarnai Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011

Barisan Pengacara ABPBH

Berikut adalah senarai rasmi barisan pengacara, penyampai trofi dan artis/selebriti yang bakal mewarnai Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 di Arena of Stars, Genting Highlands pada 8 April depan. Senarai ini diumumkan pada hari ini (15 Februari) di Majlis Pra-Kemuncak ABPBH 2011 yang dilangsungkan di Holiday Villa, Subang. [...]

9 Gambar Persembahan 3 Suara

Gandingan mantap 3 suara pun memukau penonton semalam, konsep persembahan simple dan cuma fokus pada lontaran suara saja :)  Tak sedikit juga yang meramalkan lagu beribu sesalan ini akan menjuarai AJL 26 (termasuk MS sendiri :D ), namun yang pastinya peminat akan terus menanti buah tangan terbaru dari 3 suara ini. Mungkinkah?

Shillouette yang cantik :D

Lagi Satu...

Lagi Banyak gambar dengan terus membaca entry ini…

Gelaran Juara AJL 26 Milik Awan Nano!

M Nasir , Budi Hekayat dan Hafiz (Juara AJL 26)

Dari apa yang kita dapat lihat malam tadi, rasanya tidak salah untuk MS meletakkan AJL 26 kali ini adalah yang terbaik pernah dianjurkan.    MS yang duduk di belakang kerusi media semalam pun terpukau dengan persembahan, rekaan pentas, dan konsep yang super duper mengkagumkan!

MS ingin mengucapkan Tahniah kepada Hafiz, M Nasir dan Budi Hekayat kerana telah menjadi Juara Anugerah Juara Lagu 26 menerusi lagu Awan Nano . Senarai pemenang adalah seperti dibawah;

Jaclyn Victor bernaung dibawah KRU Music, tampil dengan single “Sebelah Jiwaku”

Credit Gambar : budiey.com

Setelah hampir 6 tahun bersama Sony Music, kini penyanyi popular Jaclyn Victor telah dengan sah meneruskan kareer nyanyian beliau di bawah KRU Music. Bertempat di Hard Rock Cafe, majlis menandatangani kontrak dan sidang media antara Kru Music dan Jac telah berlansung pada 25 Januari 2012. Jac juga telah menampilkan single terbaru beliau bertajuk “Sebelah Jiwaku” yang dihasilkan oleh Edry Abdul Halim. Tahniah kami ucapkan kepada Jaclyn Victor dan semoga terus maju di masa hadapan!