Category Archives: Johan Ashari
Gambar Terkini Irma Hasmie, Almy Nadia, Johan Ashaari, Amran Ismail dan Hanez Suraya,
Kami sempat merakamkan beberapa keping gambar terbaru Irma Hasmie, Almy Nadia, Amran Ismail, Johan Ashaari dan Hanez Suraya untuk tatapan anda. Mereka adalah antara barisan artis yang telah menjayakan Majlis berbuka puasa dan rakaman program raya bersama penghuni Asrama Kaseh Yayasan Basmi Kemiskinan Serendah, Hulu Selangor.
Aaron Aziz Bintang Paling Popular 25 + Keputusan penuh ABPBH 2011
Tahniah kepada Aaron Aziz kerana merangkul gelaran Bintang Paling Popular 25, sekaligus memenangi hadiah sebuah kereta Nissan Teana, Barang Kemas Rafflesia dan wang tunai. Kemenangan ini sudah semestinya dijangkakan oleh banyak pihak. Teruskan mengikuti entry ini untuk keputusan penuh ABPBH 25;
Sekitar Road Tour ABPBH di SACC Mall 2011 + 30 gambar
Road Tour pembuka tirai Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 di SACC Mall Shah Alam semalam menerima sambutan yang hangat daripada pengunjung yang hadir. Majlis itu dimeriahkan dengan kehadiran barisan selebriti terkenal yang tercalon dalam top 5 ABPBH, antaranya Adam, Awie Rafael, Forteen, Izara, Aizat Amdan, Rozita Che Wan, Aznil, Johan Ashari, Diana Danielle, Jozan, Shila Amzah, Sharznaz , Airiel Zhafril, Adi Putra, Six Sense dan ramai lagi. Majlis diserikan lagi dengan celoteh 4 orang pengacara seperti Didie Alias, Along Raja Lawak, Fara Fauzana dan Suraya Hot FM. Pengunjung kelihatan sangat terhibur sepanjang 5 jam acara tersebut berlansung iaitu dari jam 2 petang sehingga 7 malam.
Gambar- gambar candid sekitar acara Road Tour ABPBH 2011 di SACC Mall Shah Alam;

Teruskan mengikuti entry ini untuk lebih gambar…









