Category Archives: Zed Zaidi

Zed Zaidi dapat Anak Lelaki – Tahniah!

Lebih kurang beberapa jam yang lepas, Presiden Seniman iaitu Zed Zaidi telah pun mengumumkan sebuah berita gembira kepada semua melalui twitter. Beliau dan isteri telah menimang cahaya mata.  Bayi lelaki  seberat 4.32 kilogram ini dilahirkan secara pembedahan sekitar jam 10 pagi tadi, di sebuah Pusat Perubatan sekitar Damansara. Ryan Ziqry adalah nama yang dipilih untuk anak beliau. Tahniah!

Zed Zaini kini Presiden Seniman

Baru-baru ini, Mesyuarat Agung Seniman telah diadakan di Finas. Dalam mesyuarat tersebut, Zed Zaidi telah dilantik sebagai Presiden Seniman yang baharu. Beliau menggantikan Harun Salim Bachik yang mengambil keputusan untuk tidak bertanding dalam pemilihan ini. Pelantikan Zed Zaidi sebagai Presiden dianggap suatu keputusan yang terbaik memandangkan kelantangan suara dan komitmen yang telah ditunjukkan beliau semasa menjadi Naib Presiden Seniman sebelum ini. Diharap pelantikan ini akan sedikit sebanyak dapat memperbaiki industri hiburan tanah air. Tahniah