Filem pendek Petronas ‘Strangers’ menyentuh hati

Petronas sangat sinonim dengan iklan dan filem pendek mengenai perayaan di Malaysia. Ramai menantikan iklan Petronas yang sering menjadi pujian kerana hasil yang cukup bagus. Bukan saja menceritakan keindahan komuniti pelbagai kaum di Malaysia malah sentiasa ada pengajaran yang tersirat di sebalik iklan-iklan tersebut.

Kali ini Petronas kembali dengan sebuah filem pendek yang diberi tajuk Strangers. Filem ini menceritakan seorang jurutera yang ditugaskan di Asia Tengah yang berusaha untuk menyesuaikan diri dengan kehidupan jauh di perantauan dari tanah airnya. Cerita menjadi menarik apabila beliau bertemu dengan seorang kanak-kanak lelaki di sana bernama Jeyhun. Walaupun perkenalan mereka bermula dalam keadaan kekok masing-masing tidak mengenali sesama sendiri, namun setiap saat mendekatkan mereka walau berbeza bahasa dan budaya.

Kali ini Petronas memberi gambaran cerita yang baru. Selepas sekian lama, menceriakan kita dengan perayaan kebudayaan yang diraikan di Malaysia, kali ini kelainan diberikan dengan penceritaan peranan yang diberikan Petronas di negara luar tempat ia beroperasi.

Filem pendek arahan Quek Shio Chuan ini menampilkan Redza Minhat sebagai Erman. Anda pasti akan suka dengan gaya penceritaan filem pendek ini. Setiap angle dan shot dalam filem ini begitu membantu jalan ceritanya. Tahniah diberikan kepada produksi yang terlibat.


oleh : Izz Latif