Gelaran Juara AJL 26 Milik Awan Nano!

M Nasir , Budi Hekayat dan Hafiz (Juara AJL 26)

Dari apa yang kita dapat lihat malam tadi, rasanya tidak salah untuk MS meletakkan AJL 26 kali ini adalah yang terbaik pernah dianjurkan.    MS yang duduk di belakang kerusi media semalam pun terpukau dengan persembahan, rekaan pentas, dan konsep yang super duper mengkagumkan!

MS ingin mengucapkan Tahniah kepada Hafiz, M Nasir dan Budi Hekayat kerana telah menjadi Juara Anugerah Juara Lagu 26 menerusi lagu Awan Nano . Senarai pemenang adalah seperti dibawah;

Juara Anugerah Mobile Celcom – lagu Sedetik Lebih
Persembahan terbaik –  Lagu Kisah Hati (Alyah)
Vokal terbaik – Lagu Awan Nano (Hafiz)
Tempat ke 3 – Lagu Karma (Faizal Tahir)
Naib Juara – Lagu Beribu Sesalan (Ning Baizura/Jaclyn Victor/Shila Amzah)
JUARA AJL KE 26 Lagu Awan Nano oleh Hafiz (M.Nasir/Budi Hekayat)

Berikut pula hadiah hadiah AJL KE 26
Juara AJL26: trofi dan wang tunai RM36,000
Naib Juara AJL26: trofi dan wang tunai RM15,000
Tempat Ketiga: trofi dan wang tunai RM12,000
Persembahan Terbaik:trofi dan wang tunai RM10,000
Vokal Terbaik: trofi dan wang tunai RM10,000