HIT NO 1 MENAMPILKAN LAGU-LAGU SENSASI TERKINI!!!

Kompilasi lagu-lagu hit paling terkini kembali lagi! Tentunya lebih GEMPAK daripada sebelumnya, album HIT NO 1 kali ini memuatkan senarai lagu yang dahsyat-dahsyat!

Anda tentunya teruja untuk mendapatkan kompilasi lagu-lagu kegemaran ramai ini! Album ini memuatkan lagu TEMAN PENGGANTI oleh BLACK & MALIQUE, sebuah lagu yang pernah memenangi carta radio! Video lagu ini pula telah ditonton oleh lebih daripada 1juta penonton dalam masa hanya seminggu!

Album ini turut memuatkan lagu-lagu hit seperti BIAR SAMPAI KE BINTANG oleh ASMIDAR, PELANGI SENJA oleh STACY, PANIK oleh BUNKFACE, LINTASAN BINTANG oleh AWANBAND serta BAHAGIA SEMENTARA oleh pemenang Persembahan Vokal Terbaik Dalam Lagu pada AIM 19, JAMAL ABDILLAH! Tidak lupa juga, album ini turut memuatkan sebuah lagu yang telah memenangi anugerah Lagu Rock Terbaik pada AIM 19 yang lalu, lagu IDOLA oleh AZLAN & THE TYPEWRITER!

Tidak sah sekiranya kompilasi kali ini tidak memuatkan lagu-lagu siulan masa kini yang telah menawan carta-carta radio selama berbulan bulan! HIT NO 1 turut memuatkan lagu MILIK SIAPAKAH GADIS INI oleh FIQ & JINBARA, BILA AKU JATUH CINTA oleh AWI RAFAEL serta sebuah OST yang pernah menggegarkan industri perfileman, OMBAK RINDU oleh HAFIZ & DIRA!

Selain itu, album ini juga menampilkan beberapa lagu yang hanya boleh didapati menerusi album HIT NO 1 seperti BEGINI CARANYA oleh SHAHEIZY SAM & YANA SHAMSUDIN, BAWAKU PERGI oleh ZIZAN & KAKA, AKU YANG BERDOSA oleh SHAHIR, serta ANDAIKU BERCINTA LAGI oleh MOJO! Lagu-lagu ini merupakan juara carta berminggu-minggu, dan merupakan antara lagu-lagu yang meraih jumlah muat turun yang paling kencang!

Album ini turut menampilkan artis-artis baru seperti PAYSLIP menerusi lagu JOGET KENANGAN MANIS, serta SALAM menerusi lagu BANGKIT, lagu yang menggandingkan SALAM bersama ALTIMET & DJ FUZZ. BANGKIT merupakan salah sebuah lagu yang dimuatkan dalam Salam Musik, Album Terbaik AIM 19!

Album HIT NO 1 semestinya sebuah album yang wajib dimiliki!! Penggemar lagu-lagu sensasi tempatan boleh mendapatkan album ini yang telah pun berada di pasaran pada harga yang sangat berbaloi, iaitu hanya RM31.90!! Mari dapatkan album ini sementara stok masih ada!!!

Berikut adalai senarai lagu bagi album HIT NO 1:

DISC 1
TEMAN PENGANTI – BLACK & MALIQUE
ASALKAN AKU OK – AWI RAFAEL
MILIK SIAPAKAH GADIS INI – FIQ & JINBARA
BAHAGIA SEMENTARA – JAMAL ABDILLAH
BERIBU SESALAN – 3 SUARA
IDOLA – AZLAN & TYPEWRITER
OMBAK RINDU – HAFIZ & ADIRA
PANIK – BUNKFACE
MESTI ADA CINTA – FIQ & AKIM
BIAR SAMPAI KE BINTANG – ASMIDAR
PELANGI SENJA – STACY
KAMAR SEPI – FIRDAUS
BEGINI CARANYA – SHAHEIZY SAM & YANA SHAMSUDIN

DISC 2
BAWAKU PERGI – ZIZAN & KAKA
KETIKA CINTA BERTASBIH – MELLY & AMEE
PICISAN – NUBHAN
AKU YANG BERDOSA – SHAHIR
LINTASAN BINTANG – AWAN BAND
LONELY SHOULDER BOY – HUJAN
ADA CINTA – SMASH
BILA AKU JATUH CINTA – AWI RAFAEL
BANGKIT – SALAM, ALTIMET & DJ FUZZ
MIMPI SEMALAM – TAXI
JOGET KENANGAN MANIS – PAYSLIP
ANDAIKU BERCINTA LAGI – MOJO

  • Prasarn_adu

    apa kah title lagu melayu terkini yang isi kandong lirik nya ” All I want .It was you” lagu style rock and roll.

    • Zailatulzamzam Ismail

       jerrypah by aizat?

    • Prasarn_adu

      TQ  very very much. “Zailatulzamzam Ismail” Finally, I ‘ve found it. Jerrypah By Aizat. I love that song.It sound sweet.

  • sham a.s.a.p

    mcm mne nk beli cd ni?aku dh cari merata tmpt…sume sold out..adehhh…nk beli melalui pos bleh x?klu bleh roje aku… kumpulanasap@gmail.com