Kilauan Emas 3 Kini bermula!

PC Kilauan Emas 3

Baru-baru ini bertempat di Saloma Bistro, telah berlangsung satu majlis memperkenalkan 10 Finalis Kilauan Emas musim ketiga dan Juri tetap bagi pertandingan tersebut. Bertemakan “Otai Masih Berbisa:, program ini akan mula bersiaran secara langsung setiap hari Rabu, jam 9.30 malam bermula 24 April 2013 di Astro Prima ( Saluran 105 ) ini.

Mereka yang terpilih adalah Mohd Khairuddin Ja’afar – 41 tahun (Johor), Idris Mohd Shabidin – 51 tahun (Kedah), Silahuddin Hj ali- 52 tahun(Johor), Ed Masvera Masri – 47 Tahun (Johor), Mior Yazid Ahmad – 44 tahun (Selangor), Alina Hassan – 45 Tahun (Kuala Lumpur), Jamaliah Saadun – 41 tahun (Selangor), Sarimah Sulaiman – 41 tahun (Negeri Sembilan), Jasrina Jaafar – 43 tahun (Kedah), dan Rosiah Satiman, 61 tahun (Johor). Kesemua peserta ini diadili menerusi sesi ujibakat yang telah diadakan di Sabah, Sarawak, Johor, Pahang, Pulau Pinang dan Selangor.

Juara Kilauan Emas 3 bakal membawa pulang hadiah lumayan iaitu wang tunai berjumlah RM 50,000 dan sebuah kereta. Manakala naib juara dan tempat ketiga masing-masing akan memenangi RM30,000 dan RM15,000. Anugerah personaliti Polident juga ditawarkan kepada finalis yang memakai gigi palsu dan terpilih untuk bersaing dalam pusingan akhir untuk menerima Anugerah Personaliti Polident berjumlah RM 10,000.

Juri tetap untuk Pertandingan Kilauan Emas musim ketiga ini adalah Ramli MS dan diva popular, Ziana Zain. Selain itu, ia juga bakal membawa masuk khidmat dua nama besar yang dipilih berdasarkan pengalaman mereka yang amat luas dalam inddustri seni tanah air iaitu Sri Wirama Adnan Abu Hassan dan Siti Hajar yang bakal menggalas tanggungjawab sebagai guru vokal bagi program ini. Raja Azura, pengacara pelakon dan penyampai Sinar FM turut dikekalkan sebagai pengacara konsert kilauan emas.

Jangan lupa untuk menyaksikan kilauan emas musim ketiga yang akan mula bersiaran secara lansung setiap hari rabu, Jam 9.30 malam bermula 24 April 2012 di astro Prima (saluran 105)

Antara Tetamu yang hadir

Antara Tetamu yang hadir

Edy

Edy – 52 Tahun

Mior

Mior

Idris

\Idris

Din

Din

Silah

Silah

Alina

Alina

Malia

Malia

Rina

Rina

Seri

Seri

Ros

Ros