Festival KL Sedia Pelbagai Acara Menarik

Festival Kuala Lumpur 2012 telah pun selamat dirasmikan semalam (30 Julai 2012) di Istana budaya dengan 3 kali paluan Gong sebagai simbolik. Majlis yang dihadiri lebih 1500 orang hadirin itu berlansung dengan meriah dan diserikan lagi dengan persembahan preview dikir barat extravaganza dari barisan artis terkenal seperti Ziana Zain, Jimmy Palikat, Noraniza Idris, Sabri Yunus dan ramai Lagi. Untuk Maklumat lanjut mengenai acara-acara yang berlansung sekitar Festival Kuala Lumpur 2012, anda boleh melayari http://www.klfestival.org.my .