Mentor 6 : Gelaran Juara Milik Caroline!

Pentas Mentor 6 telah berlabuh malam tadi dan Caroline telah dinobatkan sebagai juara. Majlis yang berlangsung dengan jayanya di Stadium Melawati itu turut menyaksikan Zatul ( Protege Fauziah Ahmad Daud ) sebagai pemenang tempat ke dua dan Anas (Protege kepada Faizal Tahir menduduki tempat ketiga.

Sebagai Juara, Mentor dan Protege masing masing  memenangi RM 100,000 . Caroline meraih  71 markah, diikuti Zatul dengan 60 markah dan Anas, 50 markah. Keputusan markah adalah berdasarkan undian sms, markah juri tetap dan markah juri awam.

Pada malam tersebut, setiap peserta perlu melakukan 3 tugasan iaitu nyanyian solo, duet bersama artis pilihan dan memperkenalkan lagu baru. Bagi tugasan kedua, Caroline memilih untuk berduet dengan Azlan Typewriter, Zatul memilih Ziana Zain manakala Anas memilih Hazama. Ketiga-tiga mereka dapat melaksanakan tugasan tersebut dengan baik sekali.

Bagi tugasan lagu baru, Caroline mempersembahkan lagu ‘Harus Cintamu’ dari Ajai. Zatul pula mengalunkan lagu ‘Tinggalkan Yang Lalu’ Ciptaan Manusia Putih manakala Anas memilih lagu ‘Hanya Dirimu’ hasil ciptaan mentornya sendiri , Faizal Tahir dan Audi Mok.

Malam Finale Mentor 6 juga turut diserikan dengan persembahan pembukaan dari Juara Mentor musim yang lepas iaitu Zainal Abidin, Amy Search, Mas Idayu, Ziana Zain, dan Erra Fazira. Majlis juga dimeriahkan oleh penampilan istimewa artis undangan seperti Nabila Huda, Amran Ismail dan Kumpulan Slam.

Tahniah kepada semua pemenang!

Lagi Gambar akan menyusul di Album FACEBOOk Media Semasa