Dengarkan Alunan Merdu suara Dato’ Shiela Majid di Restoran Tertinggi Malaysia!

Kehebatan dan kemerduan suara beliau sememangnya tidak dapat disangkal lagi. Beliau adalah diva sejati dan penghibur yang unggul. Dato’ Shiela Majid yang popular dengan lagu Sinaran, Antara Anyir dan Jakarta, Ku Mohon dan banyak lagi lagu-lagu hits pop dan Jazz akan beraksi bagi meraikan Minggu Setiausaha di Atmosphere 360, Menara Kuala Lumpur. Teruskan bersama entry ini untuk maklumat lanjut.

Dianjurkan oleh Asian Kitchen ( M ) SDN BHD, Dato Shiela Majid akan menghiburkan para setiausaha di Restoran yang berputar selama 90 minit setiap kali melengkapkan satu pusingan. Semestinya peluang ini tidak harus dilepaskan oleh semua terutama mereka yang diraikan dan meraikan Minggu Setiausaha ini.

Tidak cukup dengan membuat persembahan, beliau juga akan beramah mesra dengan para hadirin sejurus selepas berakhirnya persembahan beliau. “A day With Living Legend” Dato’ Shiela Majid  akan berlansung pada 25 April 2012, bermula jam 12 tengahari.

Meja VIP dijual pada harga RM 6500.00 (untuk 10 orang), secara individu RM 650.00. Meja biasa pula berharga RM2,200 (Untuk 4 Orang) individu RM 550. Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi: Siti (013-3377710), Jojo (012-6903058), Dayang (016-3100150) dan Huda (019-2841 776). Untuk membuat tempahan, hubungi : 03- 2020 2020 / 2121.

Gambar-Gambar sekitar sidang media:

Pemandangan dari Atmosphere 360