Pencarian Model Eyoi Musim ke-2 kini bermula, Siapa bakal bergelar Juara?
Satu pencarian model dan bakat baru yang dinamakan “Eyoi Artistic Commercial Model Search cycle 2” sedang berlansung dan kemuncaknya adalah pada 23 Jun 2012 ini. Sebanyak lebih 40 peserta lelaki dan perempuan mengambil bahagian.
Menurut penganjur program, En Hamirul atau lebih dikenali sebagai Eyoi, pencarian bertujuan untuk mencari dan mengetengahkan bakat baru dalam bidang modelling seperti Catwalk, peragaan fashion, pengiklanan komersial dan lain-lain. Ini berikutan permintaan kepada bakat baru dalam bidang ini semakin meningkat dari masa ke semasa. Pertandingan ini juga bertujuan mengasah bakat bakat baru untuk lebih berani,dan memberi pengalaman baru kepada peserta.
Seperti pertandingan lepas, pemarkahan pertandingan menjurus kepada Photoshoot(25 markah), Catwalk(25), Talent (15 markah) dan IQ test (15 markah). Pertandingan ini mengambil masa selama 2 bulan bermula pada Mei sehingga Jun dan Final pada 23 Jun 2012 di Hotel Brisdale, Kuala Lumpur. Peserta pertandingan juga didedahkan dengan mengikuti program program anjuran pihak tertentu seperti Sambutan Hari Belia, Peragaan Fashion semperna hari ibu di BB Plaza dan sebagainya.
Hadiah lumayan yang menanti peserta pertandingan seperti wang ringgit, produk kecantikan, pakej rawatan percuma untuk kecantikan wajah dan rambut selama setahun, photoshoot percuma untuk 3 Konsep berlainan, serta Trofi kemenangan. Sebanyak 8 kategori dipertandingkan iaitu Kategori Male Model 1,2,3, Female Model 1,2,3 dan Model Popular, Best Catwalk.
Tiket untuk Malam Gala Eyoi Artistic Commercial Model Search masih dijual dengan harga RM 35 sahaja dan boleh didapati dengan menghubungi Eyoi di (017 629 2539 ) , Maklumat Lanjut boleh didapati di Fanpage Eyoi Artistic Comercial Model Search atau Group EACMS
-
Babyboobucuk










