Romantisnya Irma Hasmie dan Reza Syah

 

Lihat sahaja foto di atas cukup romantis untuk menggambarkan hubungan pasangan ini. Tahniah diucapkan kepada Irma Hasmie dan suami, Reza Syah, atas majlis pernikahan yang baru berlangsung baru-baru ini. Majlis yang diserikan ramai tetamu serta teman rapat  itu diadakan di Dewan Sri Melati, Putrajaya.

Pasangan ini sah bergelar suami isteri dengan hanya sekali lafaz sahaja. Irma menerima mas kahwin sebanyak tiga dinar emas bernilai RM2,200. Pengantin perempuan menghantar 13 dulang hantaran, manakala pengantin lelaki membalas dengan 11 dulang hantaran.

Cerita cinta pasangan ini terjalin dengan atas takdir Allah seperti yang diceritakan oleh Irma sendiri. Beliau percaya Reza Syah adalah lelaki yang terbaik buatnya. Pertemuan mereka sewaktu menunaikan umrah berlaku secara kebetulan membawa ke jinjang pelamin.

Gambar-gambar yang cantik ini hasil team The Kliker sebagai jurugambar rasmi. Kagum dengan hasil fotografi team ini yang berjaya menyampaikan mood serta suasana majlis Irma Hasmie dan Reza Syah.

Kami dari Media Semasa mendoakan agar pasangan ini sentiasa kekal bahagia sebagai pasangan dan cepat mendapat cahaya mata yang comel-comel.

oleh : Izz Latif