Single Terbaru Max 24:7 – Biar Putus Sementara Dilancarkan!

Single Terbaru Max 24:7, “Biar Putus Sementara” telah selamat dilancarkan secara rasmi malam tadi. Majlis pelancaran single yang berlangsung di Sri Putramas Clubhouse malam tadi juga turut meraikan hari lahir 3 anggota Max 24:7 iaitu Iym, OB dan Kim. Majlis itu juga diserikan dengan kehadiran barisan selebriti terkenal tanah air seperti Ifa Raziah, Lufya AF, Mohd (Mentor), Salma (Mentor), Amran Ismail, Man Rajalawak, Roslan Shah selaku pengacara dan ramai lagi termasuk rakan-rakan media. ( Teruskan mengikuti entry ini untuk berita dan gambar )
Lagu ‘Biar Putus Sementara’ yang juga akan dicalonkan di muzik muzik itu dicipta sepenuhnya oleh Aesar Mustafa, pengurus Max 24:7. Ia sudah pun mula dimainkan di corong-corong radio.
Kumpulan Max 24:7 pada pandangan Media Semasa adalah sebuah kumpulan yang wajar diberikan perhatian sepatutnya oleh semua pihak. Ini kerana, selain persembahan mereka yang semakin mantap dari segi nyanyian dan tarian, mereka juga dilihat telah banyak melakukan perubahan positif dari segala aspek jika hendak dibandingkan ketika di awal kemunculan.
Pada majlis itu juga, sebuah kumpulan baru juga telah diperkenalkan oleh Aesar Studio yang terdiri daripada 6 orang anak muda . Kumpulan baru itu diberi nama Megaboys. Nantikan kemunculan mereka tidak lama lagi.
-
Inaezureen









