SM*SH di Malaysia 17 Mac Ini!

image

Selain daripada memenangi anugerah “1 Million Award” bersempena dengan jumlah jualan album mereka yang telah pun mencecah 1 juta unit dalam tempoh 6 bulan pada tahun lepas, kumpulan SMASH daripada Indonesia ini turut memenangi beberapa anugerah lain pada sepanjang mereka bergelar penggiat seni. Sejak mula ditubuhkan pada tanggal 10 April 2010, kumpulan anak-anak muda ini telah berjaya menawan hati peminat muzik di Indonesia
apabila mereka turut dibariskan dengan band-band yang lebih senior seperti J-Rocks, Kotak, Project Pop, dan SKJ 94 padaDahsyatnya Awards 2011 sebagai antaraAksi Panggung Terdahsyat.

Walaupun baru setahun jagung, kumpulan anak muda ini telah berjaya meraih 4 anugerah pada Inbox Awards 2011 dengan memenangi Pendatang Baru Paling Inbox, Boyband Paling Inbox, Penampilan Paling Inbox dan Lagu Paling Inbox (I Heart You). Mereka juga turut memenangi Nominasi Duo/Group/Band Terfavorit pada Indonesia Kids’ Choice Awards 2011, juga 2 anugerah lagi pada Indigo Digital Music Awards 2011 sebagai Artis Baru Terbaik dan Duo/Group Terbaik!

Berikut adalah butiran mengenai persembahan ini:

 

Tarikh   :   Sabtu, 17hb Mac 2012

Masa     :   3 :00 petang

Tempat :   Ruang Legar Plaza Sungei Wang

 

Dengan setiap pembelian album SMASH yang hanya berharga RM27.90 di tapak showcase, anda berpeluang untuk memiliki ‘badge button’ edisi khas SMASH dan pas eksklusif (Blast Zone) untuk persembahan showcase ini nanti !!

Kepada peminat muzik tanah air, jangan lepaskan peluang anda untuk menyaksikan persembahan sulung SMASH di Malaysia !