Tag Archives: ana rafali kahwin

Ana Rafali Bakal Akhiri Zaman Bujang Februari Ini. Dengan siapa?

Ana Rafali

Bertempat di Darby Park Kuala Lumpur , Ana Rafali atau  nama sebernarnya Ana Nur Hidayah Mohd Razali telah membuat pengumuman bahawa beliau akan mengakhiri zaman bujang beliau. Tahniah dan Syabas dari Media Semasa, Semoga perkahwinan yang bakal berlansung akan berjalan dengan gilang gemilang!

“Dengan ini saya umumkan tarikh pernikahan saya bersama Ahmad Aznaim Bin Abdullah, 30 pada 25 Februari 2012 di Masjid Al-Hidayah Taman Melawati. Insyallah, bapa saya akan menikahkan saya. Saya sudah mengenali Naim, seorang jurugambar pada 24 Julai 2005 melalui saudara. Zaman saya universiti memang saya minat fotografi. Kami berkawan sahaja ketika itu, dia pun tak tahu saya minat menyanyi, menulis lagu. Dan, dia juga yang menemani saya apabila diujibakat satu ketika dulu. Itu lah antara momen penting antara saya dan dia,”- Ana Rafali (sumber : Oh Bulan)