Tag Archives: memey mengandung
Tahniah! Memey disahkan hamil
Tahniah diucapkan kepada pasangan selebriti popular Norman Hakim dan isteri, Memey Suhaiza yang telah dikhabarkan hamil. Kandungan yang berusia 6 minggu itu telah disahkan oleh doktor. Sebelum itu, Memey telah membuat ujian kehamilan sendiri di rumah selepas pulang dari lokasi penggambaran.
“Abang Norman membawa saya ke klinik dan alhamdulillah, doktor sahkan saya hamil enam minggu.”
Memey berkongsi berita gembira itu dengan media seperti yang dipetik Media Hiburan lewat petang semalam.
“Setakat ini saya tiada sebarang alahan, tapi sejak dua hari kebelakangan ini saya rasa mual dan suka makan asam dalam kuantiti yang banyak,” tambahnya lagi. Memey dijangka akan bersalin pada Februari 2013.
Buat pasangan ini, kami di Media Semasa mendoakan agar kandungan yang masih diperingkat awal itu sihat.
oleh : Izz Latif










