Tag Archives: ziana zain

Intrend Mei Tampilkan 8 Selebriti Popular!

intrendmay2013
Majalah Intrend buat julung kalinya menjadikan 8 orang selebriti sebagai penghias muka hadapan untuk edisi May 2013. Sempena ulang tahun yang ke 8 Intrend dan Rizman Ruzaini, ia menampilkan Dato Siti Nurhaliza, Ziana Zain, Erra Fazira, Ning Baizura, Ella, Fazura, Nurul Wahab dan Liyana Jasmay. Menariknya, ia didatangkan menerusi 2 cover yang berbeza.

Ziana Zain dilantik jadi Duta Safi Rania Diamond

ZianaZain-Safi-Rania_Diamond

Nampaknya Rezeki Diva Popular, Ziana Zain pada tahun ini melimpah ruah. Selepas dilantik dan masih lagi menjadi duta beberapa produk terkenal seperti Antabax, Ducth Lady dan lain2, kini beliau dipilih untuk menjadi duta Produk Baru Safi Rania Diamond! Terus ikuti entry ini untuk lagi info mengenai Safi Rania Diamond dan Gambar sekitar Majlis.

Peminat Serbu Ziana Zain di Kinokuniya KLCC

Ziana Zain Kinokuniya

Baru Baru ini, Diva Ziana Zain sempat meluangkan masa selama satu jam bersama peminat semasa menghadiri satu program khas yang dianjurkan oleh Intrend dan Kinokuniya di KLCC. Lebih 50 peminat beliau serta pembaca majalah Intrend hadir. Para hadirin diberi peluang beramah mesra dan mendapatkan tandatangan ekslusif Ziana Zain yang menghiasi cover Intrend April 2013.

Ziana Zain Hiasi Intrend April 2013!

ziana-zain-intrend-april

Naskah Intrend Keluaran April 2013 pastinya menjadi sesuatu yang istimewa kepada peminat Ziana Zain terutamanya dan rakyat Malaysia amnya. Ziana Zain tampil menghiasi cover Intrend! Bukan itu sahaja, Ziana Zain juga menerusi INTREND, mempelawa peminat-peminat untuk bersama-sama beliau di Kinokuniya KLCC Jumaat ini. Terus mengikuti entry ini untuk keterangan lanjut.

Fesyen “ledakan Geometri” ABPBH 2012 + Senarai Pengacara, Penyampai Trofi & Artis yang bakal membuat persembahan di Bukit Jalil

1

Pertunjukan koleksi fesyen berkonsepkan “ledakan Geometri” diperagakan pada majlis pra-kemuncak Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) 2012 di Holiday Villa, Hotel & Suite, Subang Jaya hari ini. Pertunjukan koleksi fesyen ala malam kemuncak ABPBH 2012 mengikut tema oleh Boutique Dewi Sofea dan Calvil Thoo digayakan di atas pentas peragaan.

( Gambar )Sekitar Antabax’s Mr Cool Search 2012

Pada 22 September 2012, telah berlansung Majlis Pencarian Mr Cool Search 2012 di One Utama Petaling Jaya. Majlis yang dianjurkan Antabax itu bertujuan untuk mencari dan menyerlahkan bakat peserta dan diserikan oleh kehadiran penyanyi dan juga Duta Antabax, Ziana Zain.

( Gambar ) Maria Mariana 2012 ?

Ini bukanlah tajuk sebuah filem baru, ia hanyalah sekadar sesuatu yang terlintas di fikiran kami semasa melihat Ziana Zain dan Erra Fazira digandingkan bersama seorang lagi selebriti dalam sebuah program Hari Raya yang dirakamkan baru-baru ini. Kami pasti mesti ramai yang masih ingin melihat mereka berdua digandingkan semula dalam sebuah filem terbaru… Mesti gempak.

(8 Gambar) Ziana Zain sewaktu Fesyen Show 5 stars designer

Semasa pertunjukan fesyen oleh 5 stars designer di Muzium Tekstil Negara semalam, Ziana Zain yang hadir mengenakan busana Zery Zamry turut menarik perhatian para tetamu yang hadir. Jom tatapi beberapa keping gambar beliau yang sempat dirakamkan…

(10 Gambar) Ziana Zain – Pemenang Artis Anggun ABPBH 25 (Kategori online)

Kami sempat merakamkan wajah Diva kesayangan ramai, Ziana Zain sewaktu di Majlis Penyampaian Anugerah ABPBH 25 yang berlansung di Holiday Villa Subang Jaya. Beliau memenangi Anugerah Artis Anggun Bergaya (kategori  Online) yang membawa pulang hadiah Rantai Mutiara dari Rafflesia yang bernilai RM 10, 000. Ziana Zain tampil anggun dengan hasil tatarias Shiela Mohamad.

TRIVIA : 12 Gambar Artis dan Gelaran dari peminat…

Ziana zain - Jennifer Lopez

Artis di Malaysia seringkali dibanding-bandingkan dan digelar mirip atau klon artis di luar negara. Antara yang terpopular adalah Ziana Zain yang dikatakan Jennifer Lopez Malaysia dan Didie Alias sebagai Lady Gaga Malaysia. Trivia kali ini dibuat khas untuk menyenaraikan antara artis yang mendapatkan gelaran daripada peminat-peminat mereka. Setuju atau tidak? jom nilaikan sendiri…