Tiket Gala Night Mens Fashion Runway kini dijual. Dapatkan sekarang!

Mungkin boleh dikatakan bahawa ini adalah yang pertama seumpamanya di Malaysia, fashion show khas untuk pakaian lelaki diadakan. Majlis Gala Night Mens’s Fashion Runway yang bakal berlangsung di Blackbox Publika, Solaris Dutamas Damansara pada 1 April ini disertai oleh pereka fashion dari Malaysia dan Singapura. [ teruskan mengikuti entry ini untuk maklumat lanjut]

Seramai 12 orang model tempatan juga antarabangsa bakal menggayakan pakaian dari pereka pereka seperti Salikin Sidek, Adnan Hassan, Kos Serani , William Liew dan lain lain. Pakaian yang akan digayakan pula adalah dari pelbagai sudut kehidupan lelaki seperti pakaian formal, kasual, batik, rugged, punk dan stylo.  Justeru, majlis ini adalah sesuai untuk semua golongan lelaki yang mementingkan gaya. Tidak lupa juga kepada wanita wanita yang inginkan yang terbaik buat pasangan masing – masing.

Selain Peragaan Fesyen, majlis ini juga dijangka akan diserikan dengan kehadiran model – model antarabangsa dan selebriti tanah air. Pelbagai acara sampingan seperti persembahan dari artis tempata akan menghangatkan lagi majlis.

Untuk makluman, tiket untuk majlis ini berharga RM 100 sahaja dan boleh diperolehi melalui talian 019- 256 5518 (en. Shaun Salim), atau datang terus ke Pejabat Shaun Star Search & Model Management, berhampiran Ampang Point, Selangor.