Zed Zaini kini Presiden Seniman

Baru-baru ini, Mesyuarat Agung Seniman telah diadakan di Finas. Dalam mesyuarat tersebut, Zed Zaidi telah dilantik sebagai Presiden Seniman yang baharu. Beliau menggantikan Harun Salim Bachik yang mengambil keputusan untuk tidak bertanding dalam pemilihan ini. Pelantikan Zed Zaidi sebagai Presiden dianggap suatu keputusan yang terbaik memandangkan kelantangan suara dan komitmen yang telah ditunjukkan beliau semasa menjadi Naib Presiden Seniman sebelum ini. Diharap pelantikan ini akan sedikit sebanyak dapat memperbaiki industri hiburan tanah air. Tahniah