Ziana Zain dilantik jadi Duta Safi Rania Diamond

ZianaZain-Safi-Rania_Diamond

Nampaknya Rezeki Diva Popular, Ziana Zain pada tahun ini melimpah ruah. Selepas dilantik dan masih lagi menjadi duta beberapa produk terkenal seperti Antabax, Ducth Lady dan lain2, kini beliau dipilih untuk menjadi duta Produk Baru Safi Rania Diamond! Terus ikuti entry ini untuk lagi info mengenai Safi Rania Diamond dan Gambar sekitar Majlis.

“ Saya amat berbangga apabila Safi jenama halal nombor satu tempatan melamar saya untuk menjadi duta Safi Rania Diamond. Kini kembara cantik saya sudah pun menemui jawapannya. Pada usia 40an, kami memerlukan produk yang sesuai dengan kulit dan usia serta mampu merawat struktur dalaman kulit wajah. Keanggunan dan Keremajaan kulit dapat diabadikan dengan Formulasi Nano Diamond DNA Technology yang bertindak pada peringkat sel menghasilkan 2 kali ganda kolagen dan elastin. Semuanya bermula seawal apilkasi yang pertama”, jelas Ziana Zain.

Ziana Zain - Safi Rania Diamond

Ziana Zain Safi Rania Diamond

Ziana Zain Safi Rania Diamond

Ziana Zain Safi Rania Diamond

Safi Rania Diamond adalah rangkaian premium produk perawatan antipenuaan dengan formulasi Nano DNA Diamond Technology.
Nano DNA Diamond Technology adalah kombinasi formulasi Nano Gold dan Nano Diamond yang menghasilkan dua kali ganda kolagen dan elastin bagi merawat dan menegangkan struktur kulit daripada dalam.

Dipasarkan khusus buat wanita berusia lingkuan 40an, rangkaian produk ini adalah siri produk antipenuaan kedua safi selepas rangkaian Safi Rania Gold dengan formulasi Nano Emas 24K yang dilancarkan pada 2009. Rangkaian premium ini sekaligus memberikan para pengguna pilihan untuk memperkayakan rejim kecantikan mereka dengan manfaat berganda.

Rangkaian produk perawatan antipenuaan premium ini hadir dengan 5 produk signatur dengan fungsi dan manfaat tersendiri bagi merawat tanda – tanda penuaan seawall aplikasi yang pertama.